Khamis, 12 Ogos 2010

Family

Hari Keluarga SMKBT2 Di Tanjung Balau Resort

Lawatan Ke Cameron Highland

Keindahan sebalik bunga

Post Laju

Bersama Rakan Setugas di CH

2 Keluarga 1Johor 1Melaka 1Tok Mat

Kenangan D'pagi Raya D'bt

Morfologi dan Sintaksis

Jenis ayat
Ayat penyata
Ayat transitif
Ayat intransitif
Ayat aktif
Ayat pasif
Ayat nafi
Ayat songsang
Ayat inti
Ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
SINTAKSIS
Golongan kata
Kata nama
Kata ganti nama
Kata kerja
Kata sifat
Kata tugas
Kata hubung
Kata keterangan
Kata sendi
Pembentukan kata
Imbuhan kata nama
Imbuhan kata kerja
Istilah pinjaman
Lain-lain

Kata bilangan
Kata istilah
Penjodoh bilangan
Bentuk jamak
Hukum D-M

Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem Bebas
Morfem terikat/imbuhan
Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa
Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber
Mempunyai maksud sendiri.
Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu
(i) Ahmad sedang
(ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN.) Inti frasa ini ialah mata ( jenis kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
Bahasa Melayuبهاس ملايو
Dituturkan di:
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Filipina, selatan Thailand, Timor Leste, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan Australia (Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos).Dialek standar di Indonesia dikenal sebagai Bahasa Indonesia. Kadangkala di Australia dan Belanda
Rantau:
Asia Tenggara
Bil. penutur:
7–18 jutajumlah 200–300 juta
Keluarga bahasa:
Austronesia Melayu-Polinesia (MP) MP Nuklear Sunda-Sulawesi Malayik Malaya Melayu Tempatan

Kesalahan Umum

KESALAHAM UMUM KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIF TERBITAN

a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat tidak boleh hadir
secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat ( Frasa nama ). Kata adjektif tersebut
perlulah diawali oleh partikel –lah atau kata sandang yang pada frasa namanya.

Dia terpandai di dalam kelasnya
Dialah yang terpandai di dalam kelasnya
Dialah terpandai di dalam kelasnya
Dia yang terpandai di dalam kelasnya
Dia paling pandai di dalam kelasnya
Dia amat pandai di dalam kelasnya
Dia sungguh pandai di dalam kelasnya

b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi dengan
kata penguat.

Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya

c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului oleh kata penguat
paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang membawa maksud darjah biasa.

Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu
Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu

d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak perlu diikut oleh
kata sendi nama dengan selepasnya.

Kehebatannya setanding dengan pemain import itu
Kehebatannya setanding pemain import itu
Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu

e. Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat seperti tidak perlu lagi
diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

Perangainya seperti keanak – anakan sahaja
Perangainya seperti anak – anak sahaja

f. Kata adjektif yang berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan – akan / agak tidak perlu
lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

Warna kainnya agak kekuning – kuningan
Warna kainnya kekuning – kuningan
Warna kainnya agak kuning – kuningan

g. Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling untuk sesuatu kata adjektif, tidak
perlu lagi disertai kata penguat sebelumnya.

Majlis kenduri itu sangat hiruk - pikuk dengan suara saudara – mara
Majlis kenduri itu hiruk – pikuk dengan suara saudara – mara

Kata Sendi

a. Kata sendi memerlukan kata nama sebagai objek untuk membentuk frasa sendi nama.
Berdasarkan konsep ini, maka frasa sendi nama oleh kerana tidak boleh digunakan atau
dianggap salah. Hal ini demikian kerana yang hadir selepas kata sendi oleh adalah tergolong
dalam kelas kata hubung dan bukannya kelas kata nama. Dalam hal ini frasa oleh kerana
perlulah diganti dengan frasa sendi nama oleh sebab kerana sebab adalah tergolong dalam kelas
kata nama;

Oleh kerana terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung
Oleh sebab terlalu sibuk, Halim tidak jadi balik ke kampung

b. Kata sendi nama akan tidak boleh digugurkan antara frasa adjektif yang menyatakan perasaan/
sikap dengan frasa nama.

Dia amat minat kerjaya itu
Dia amat minat akan kerjaya itu

c. Kata sendi nama akan juga tidak boleh digugurkan antara kata kerja tunggal yang
berbentuk tanpa imbuhan dengan kata/frasa nama;

Semua orang sepatutnya tahu tanggungjawab masing – masing
Semua orang sepatutnya tahu akan tanggungjawab masing – masing

d. Kata sendi nama dengan tidak boleh dilenyapkan selepas kata kerja tak transitif berawalan beR-,
teR- atau tanpa imbuhan;

Saya ada bertemunya dalam majlis itu
Saya ada bertemu dengannya dalam majlis itu

e. Kata sendi nama demi tidak boleh digunakan bersama – sama kata sendi nama untuk kerana
dianggap lewah dan harus digugurkan;

Demi untuk melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung
Demi melaksanakan tugas, dia meninggalkan anak isterinya di kampung

f. Frasa sendi nama di dalam atau di antara tidak boleh digunakan di hadapan frasa nama yang
membawa pengertian tempat yang tidak mempunyai ruang atau jarak;

Di sekolah, Mazni bergiat cergas di dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan
Di sekolah, Mazni bergiat cergas dalam pelbagai aktiviti sukan dan persatuan

g. Kata sendi nama sejak/semenjak digunakan untuk menyatakan waktu atau masa yang membawa
maksud mulai atau bermula dari. Oleh sebab itulah, penggunaan frasa sendi nama sejak atau
semenjak dari dianggap lewah dan dari hendaklah digugurkan;

“Sejak dari dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani
“Sejak dulu lagi saya nasihatkan awak, tetapi awak degil,” kata Ani

h. Kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan dengan hal/perkara
yang umum sifatnya. Manakala kata sendi nama mengenai pula membawa maksud kena pada
sasarannya. Oleh itu, kata sendi nama tentang dan mengenai tidak boleh disamakan fungsi dalam
sesuatu ayat;

Forum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat mengenai cara hidup Islam
Farum Perdana kali ini membincangkan penghayatan masyarakat tentang cara hidup Islam

i. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk boleh digugurkan secara
pilihan dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan atau atau;

“Encik hendak bertemu dengan En Tan dengan atau Encik Lin?” tanya Hassan
“Encin hendak bertemu dengan En Tan atau Encik Lin?” tanya Hassan

j. Kata sendi nama pada unsur yang kedua dalam binaan ayat majmuk tidak boleh digugurkan
kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu adalah ke;

Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan kanan bahu jalan sebelum
terhumban ke dalam gaung
Pemandu yang mabuk itu dikatakan memandu keretanya ke kiri dan ke kanan bahu jalan sebelum
terhumban ke dalam gaung

k. Kata sendi nama pada unsur yang kedua juga tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama
dalam bentuk setara itu ialah ke yang tidak menggunakan kata hubung;

Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu hilir sambil berfikir
Pak Darus tidak diam duduk, jalannya ke hulu ke hilir sambil berfikir

l. Kata sendi nama tentang tidak boleh disamakan fungsinya dengan kata sendi nama terhadap. Ini
adalah kerana kata sendi nama tentang digunakan untuk menyatakan maksud berkenaan
hal/perkara yang umum sifatnya, manakal terhadap pula digunakan untuk menyatakan maksud
rujukan yang membabitkan penyambut yang tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda;

Tanggapannya tentang Zakiah selama ini ternyata meleset
Tanggapannya terhadap Zakiah selama ini meleset

m. Elakkan penggunaan kata sendi yang menyalahi fungsinya mengikut konteks sesuatu ayat.

“Tolong berikan bungkusan itu pada Sahul” kata Lim
“Tolong berikan bungkusan itu kepada Sahul” kata Lim

Kata Kerja

Kata kerja terbahagi kepada :

A. Kata Kerja Transitif ( Perbuatan Melampau )
B. Kata Kerja Tak Transitif ( Perbuatan tidak Melampau )

A. Kata Kerja Transitif

Kata Kerja Transitf ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain.Benda yang kena oleh perbuatan itu dipanggil penyambut ( objek ).

Ayat ini mesti ada penyambutnya ( objek )

Kata kerja ini biasanya mempunyai imbuhan ‘me-‘ sama ada sebagai awalan atau sebahagian daripada imbuhan, contohnya mengambil, mendermakan, membacakan, menduduki, mempersilakan.

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai oleh objek,
iaitu kata nama.
Contohnya: Atan mendengar radio.
mendengar ialah kata kerja transjtif
radio ialah objek (kata nama)
Kata kerja transitif menggunakan imbuhan men, men ...i, men ...kan, memper, memper...i, dan memper...kan. Contohnya:

Contoh ayat :
1. Kucing itu menangkap seekor burung.
2. Perempuan itu menjual sayur.
3. Bapa sedang menulis surat.

Dalam ayat pertama Kucing ialah pembuat, menangkap ialah perbuatan melampau dan seekor burung ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat kedua Perempuan ialah pembuat, menjual ialah perbuatan melampau dan sayur ialah benda yang kena buat atau penyambut.

Dalam ayat ketiga Bapa ialah pembuat, menulis ialah perbuatan melampau dan surat ialah benda yang kena buat atau penyambut.

(a) Pak Abu menjala ikan.
(b) Orang ramai diminta menjauhi kawasan itu.
(c) "Kita tidak harus membiarkan perkara ini berterusan," kata ketua
kampung.
(d) Jangan suka memperdaya orang yang bodoh.
(e) Untuk memperbaiki mutu lakon­an anda perlu selalu berlatih.
(f) Pihak polls mempertemukan ibu itu dengan anaknya.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja transitif
penyambut ( Objek )
Dia suka
membaca
buku
Jamilah
memukul
seekor ular
Abidin
menjual
kuih-muih
Ramli
berjalan
ke sekolah
Kereta itu
melanggar
seekor lembu

B. Kata Kerja Tak Transitif
Kata kerja tak transitif ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri pembuat itu sendiri, tidak kepada benda atau orang lain. Oleh itu ia tidak mempunyai penyambut.

Contohnya :
1. Mereka berjalan pada hari cuti.
2. Anjing itu sedang tidur.
3. Hujan turun dengan lebatnya semalam.
Dalam ayat pertama Mereka melakukan berjalan, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat kedua Anjing melakukan tidur, tidak kepada benda lain.
Dalam ayat ketiga Hujan melakukan turun, tidak kepada benda lain.

Subjek ( pembuat )
Kata kerja tak Transitif
keterangan
Kami
mandi
di tasek itu.
Dia
senyum
semasa berjalan
Saya
menyanyi
dengan kuat
Hassan
berjalan
ke sekolah

7.1 Kata Kerja Tak Transitif
1. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dalam ayat, yakni tidak memerlukan objek lagi.

2. Kata kerja tak transitif ada yang berbentuk asal dan ada yang berimbuhan ber, men, ter, ber... an, dan ber...kan. Contohnya: (a) Ravi belum datang lagi. (b) Muridmurid sedang belajar. (c) Sungai itu mengalir deras.

Peringatan

Tiap-tiap kata kerja tak transitif boleh dijadikan kata kerja transitif dengan menambah ‘kan’ atau ‘ I’
di hujungnya.

Contoh ayat:

1. Mereka menjalankan jentera itu.
2. Emak sedang menidurkan adik.
3. Pekerja itu menurunkan barang-barang dari atas lori.
4. Halim mengikuti perbualan mereka.
5. Saya sudahi syarahan saya ini dengan ucapan salam.
7.2 Kata Kerja Pasif

1. Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja
transitif tetapi yang tidak berawalan men.
Contohnya: angkat, atasi, berikan, percepat, pelajari, persilakan, dan
sebagainya.

2. Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a) kata kerja pasif diri pertama
(b) kata kerja pasif diri kedua
(c) kata kerja pasif diri ketiga

Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja pasif yang berimbuhan ku
Contohnya: kuangkat, kuatasi, kuberikan, kupercepat, kupelajari, dan
kupersilakan.
Kata kerja pasif diri kedua ialah yang berimbuhan ka-.
Contohnya: kauangkat, kauatasi, kauberikan, kaupercepat, kaupelajari,
dan kaupersilakan.
Kata kerja pasif diri ketiga ialah yang berimbuhan di-.
Contohnya: diangkat, diatasi, diberikan, dipercepat, dipelajari, dan
dipersilakan

Kata Ganda

Kata Gandaan ialah satu proses pengulangan perkataan.Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan sama ada sebahagian atau seluruhnya.Proses pengulangan ini berlaku pada seluruh perkataan ataupun pada bahagian-bahagian tertentu dalam perkataan tersebut.
Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

3. Terdapat empat jenis kata Gandaan iaitu :
a. Gandaan Seluruh Kata
b. Gandaan Separa / Separuh
c. Gandaan Berirama
d. Gandaan Menyaling
Gandaan Seluruh Kata Gandaan berlaku pada seluruh perkataan tersebut tanpa ada perubahan.
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan. Contoh :
Gandaan kata nama
Gandaan Kata kerja
Gandaan Adjektif /sifat
buku-buku
lembu-lembu
murid-murid
kawan-kawan
baring-baring
pandang-pandang
jalan-jalan
usik-usik
manis-manis
besar-besar
awal-awal
bulat-bulat

sama ada sebahagian atau seluruhnya.

2. Kata ganda terdiri daripada:
(a) kata ganda seluruh;
(b) kata ganda semu;
(c) kata ganda separa;
(d) kata ganda bersajak atau berima;
(e) kata ganda berimbuhan.

1. Kata Ganda Seluruh
1. Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya.
2. Kata ganda seluruh mesti diberi tanda sempang ().
3. Kata ganda seluruh terdiri daripada kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata keterangan.
Senarai Kata Ganda Seluruh alat-alat awal-awal baik-baik benar-benar besar-besar budak-budak cacing-cacing cepat-cepat curam-curam dalam-dalam daun-daun dekat-dekat elok-elok erat-erat gajah-gajah gemuk-gemuk hampir-hampir hitam-hitam ibu-ibu jarang-jarang jari-jari kadang-kadang kasar-kasar kereta-kereta lazat-lazat lembu-lembu lembut-lembut nakal-nakal nanas-nanas nyaris-nyaris pagi-pagi putih-putih
1. Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan

2 Kata Ganda Semu
1. Kata ganda semu ialah kata ganda yang terbentuk daripada kata yang digandakan seluruhnya dan diberi tanda sempang.
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus.
3. Kata ganda semu terdiri daripada kata name.
Senarai Kata Ganda Semu
agaragar analanal angkutangkut antinganting biribiri bulibull dekakdekak epokepok gulagula jemputjemput jentikjentik kanakkanak kisikisi kunangkunang
kudakuda kupukupu kurakura labahlabah layanglayang oleholeh ondeonde panjipanji pijatpijat ramarams sumpahsumpah ubunubun umangumang undangundang

3 Kata Ganda Separa
1. Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan.
Senarai Kata Ganda Bersajak/Berima
2. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama.
Senarai Kata Ganda Separa
bebawang
bebenang
bebudak
cecair
dedalu
dedaun
dedawai
gegendang
geguli
jejari
jejarum jejentik kekabu kekisi
kekunci kekuda lelaki
lelangit
lelayang pepejal pepijat pepenjuru rerambut sesiku sesungut tetamu tetangga
4 Kata Ganda Bersajak/Berima
1. Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan.
Contohnya:
(a) persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan
sebagainya.
persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan
sebagainya.
penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-
hayang, dan sebagainya.

Persamaan Bunyi
di Pangkal
Persamaan Bunyi
di Hujung
Penyesuaian bunyi
Seluruhnya
batu-batan
anak-pinak
bolak-batik
beli-belah
calar-balar
compang-camping
bengkang-bengkok
cerai-berai
dolak-dalik
corat-coret
comot-momot
gopoh-gapah
degap-degup
gotong-royong
gunung-ganang
dentam-dentum
karut-marut
haru-biru
desas-Jesus
kaya-raya
huru-hara
gembar-gembur
kuih-muih
huyung-hayang
gerak-geri
pindah-randah
kacau-bilau

Gandaan Separa Separuh
1. Gandaan separa dibina dengan cara memendekkan atau menyingkirkan bahagian perkataan asalnya.
2. Hanya diambil hujung perkataan itu.
Contohnya :
lelaki
bebola
lelabah
pepohon
jejari
kekuda
jejentik
kekabu
dedaun
kekisi

Gandaan Berirama
1. Gandaan Berirama dibina dengan menambahkan perkataan yang lain bunyinya kepada perkataan asal.
2. Berlaku perubahan ejaan dan bunyi perkataan asalnya.

Contoh :
lauk-pauk
batu-bata
saudara-mara
bukit-bukau
kacau-bilau
tunggang-langgang
tanah-tanih
semak-samun
bengkang-bengkok
gelap-gelita

Gandaan Menyaling
1. Gandaan Menyalin dibina dengan mengekalkan kata dasarnya tetapi diikuti
dengan kata berimbuhan.
2. Perkataan keduanya ditambah me ( N )
contoh :
tahu-menahu
tolong-menolong
jahit-menjahit
tarik-menarik
kejar-mengejar
sulam-menyulam
tawar-menawar
kata-mengata
sepak-menyepak
karang-mengarang
tari-menari
tangis-menangis
rampas-merampas
tumbuk-menumbuk
simpan-menyimpan

Kata Adjektif

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.

Tip
Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.
Contoh:
Saya sangat segan dengan awak
Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia
Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.

Golongan Kata

Dalam bahasa Melayu terdapat dua kumpulan kata, iaitu:
I. Kata isian (kumpulan yang terbuka kerana sentiasa berkembang)
II. Kata tugas (kumpulan kata tertutup seperti dan, itu, amat, walaupun, sekiranya, dan sebagainya.
Kata-kata boleh digolongkan berdasarkan faktor sintaksis dan semantik. Kata-kata dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada empat iaitu:
I. Kata nama
II. kata kerja
III. kata adjektif
IV. kata tugas
Kata nama, kata kerja dan kata adjektif ialah kata isian yang terbuka

Golongan kata nama

Subgolongan
ciri
jenis
contoh

Nama khas
Hidup
Manusia
Ali, Fatimah, Tun Abdul Razak, Hang Jebat, Aziz Osman

Bukan manusia
Bujang senang, Si Tompok, Pak Belang

Tak hidup

Gunung Kinabalu,
Gua Musang, Sabak Bernam, Proton Saga, Waja, Wira.

Nama am
Konkrit

Kepala, meja, pelajar, ketua, kapal terbang

Abstrak

Harapan, kemahuan, kecuaian,keberanian, kesenangan, dengki.
Ganti nama
Penunjuk

Ini, itu

Tanya

Siapa, apa, mana

Diri
Orang pertama

Saya, beta, aku, patik, kami, kita
Orang kedua

Awak, kamu, engkau anda, saudara, saudari, tuan hamba.
Orang ketiga
Ia, dia, beliau, mereka, baginda, -nya

Golongan Kata Kerja (KK)

Kata kerja (KK) merupakan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya.

subgolongan
Ciri
jenis
Contoh
Tak transitif
-Tidak memerlukan objek untuk melengkapkannya.
-Tetapi ada yang memerlukan pelengkap.
Tak berpelengkap
- Tidak memerlukan pelengkap
Tak Transitif Tak Berpelengkap
- Rumah itu sudah roboh
- Turunnya Union Jack, jalur Gemilang pula yang berkibar

Berpelengkap
- memerlukan pelengkap
Tak transitif Berpelengkap
- keadaan Halim bertambah parah
- Air sungai beransur surut
Transitif
- memerlukan objek atau penyambut.
Aktif
Transitif Aktif
Menulis, menampar, memakan
Pasif
Transitif Pasif
Ditulis oleh/dengan, ditampat. Dimakan oleh/dengan

Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif (KA) ialah kata yang menjadi inti dalam frasa adjektif seperti manis sekali, sudah lama sungguh, masih lebat lagi (kata yang menjadi inti frasa digariskan di bawahnya).
Kata-kata dalam golongan kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama. Kata adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.
Kata adjektif boleh dibahagikan kepada sembilan subgolongan.

Jenis
Contoh
Sifat
Baik, cerdik, berani. Lemah, kukuh, kemas, kejap, secantik, terkuat
warna
Merah, jingga, ungu, putih, kuning langsat
ukuran
Pendek, panjang, tebal, nipis, dalam, besar, sebesar, terpanjang, ternipis
bentuk
Bulat, bujur, leper, empat segi, lonjong.
waktu
Lama, lambat, lewat, segera, suntuk, lampau, lalu, silam.
jarak
Dekat, hampir, jauh
cara
Selalu, jarang, kadang-kadang, kerap, lambat, deras, laju, jelas, muram, lincah.
Pancaindera
- rasa
- pandang
- dengar
- bau
- sentuh
Sedap, lzat, manis,pahit, lemak, pedas, payau
Buruk, hodoh, jelita, cantik
Bising, senyap
Busuk, wangi, hangit, hapak
Kesat, kasar, lembab, halus, licin
Adjektif perasaan
Takut, seram, benci, rindu, marah, senang, gembira.

Tip
Kata adjektif dikenali jika kata berkenaan didahului atau diikuti oleh kata penguat seperti amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar
Kata adjektif menerangkan keadaan atau sifat sesuatu nama atau frasa nama.

Adjektif perasaan harus diiktui oleh kata sendi nama seperti akan, dengan, terhadap dan sebagainya.
Contoh:
Saya sangat segan dengan awak
Ahmad amat rindu akan kekasihnya di Indonesia
Orang kaya itu amat malu untuk meminta pertolongan mereka.

Golongan Kata Tugas

Hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu. Jadual berikut menjelaskan fungsi kata tugas.

Contoh
subgolongan
Tugas
Dan, atau, tetapi, serta
Kerana, ketika, kalau
Gabungan
hubungan
Menghubungkan ayat atau klausa.
Aduh, amboi, wah syabas, oh, cis
Kata seru
Menunjukkan seruan
Mengapa bila, berapa, bagaimana
Kata tanya
Menyoal atau bertanya
Jangan, usah,
sila, jemput
tolong, minta, harap
Kata perintah
Larangan
Silaan
permintaan
Menimbulkan
Tindakan balas
Ya, benar, betul
Kata pembenar
Membenarkan sesuatu
Maka, hatta, adapun, syahdan
Kata pangkal ayat
Menandakan kesinambungan ayat
Telah, sudah, pernah, masih, sedang, tengah, akan belum.
Hendak, mahu ingin, harus, mesti, boleh, dapat.
Kata bantu
Membantu frasa-frasa kerja, adjektif, sendi nama.
Amat, sangat, sekali, terlalu, paling, sungguh, benar, nian.
Kata penguat
Menguatkanmaksud suatu adjektif
-kah, -tah, -lah, juga, pun, hanya, memang, lagi
Kata penegas
Menegaskan bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
Bukan
tidak
Kata nafi
Menafikan sesuatu
Ialah
adalah
Kata pemeri
Memerikan hal atau merangkaikan subjek dengan predikat.
Di, ke, daripada, antara, untuk, bagi, akan, terhadap, oleh, seperti, umpama, bagai.
Kata sendi nama
Pelbagai tugas bagi kata atau frasa nama
Atas, bawah, sisi, depan, belakang, hadapan, , dalam luar, samping, timur, barat.
Kata arah
Menunjukkan arah atau hala

Satu, dua, sepuluh, seratus, sejuta
Banyak, sedikit, beberapa, semua, para
Sekalian, segala, seluruh
Sesetengah, separuh, dua pertiga, sepertiga
Kedua-dua, bertahun, berbakul-bakul, beratus-ratus.
Kata bilangan
Menerangkan bilangan atau jumlah
-nya
Kata penekan
Memberi penegasan bagi kata yang digandingi
-nya
Kata pembeda
Menjadikan kata bukan nama sebagai kata nama

Kata Hubung

Kata hubung bertugas untuk menghubungkan klausa, ayat, frasa atau perkataan untuk membentuk ayat majmuk.
Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ayat majmuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.
Oleh itu, kata hubung dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata hubung gabungan dan kata hubung pancangan.

Kata hubung gabungan
Kata hubung pancangan
Mengubungkan klausa-klusa yang sama tarafnya
Contoh kata: dan, atau, serta, tetapi, malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.
Contoh ayat:

i. Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya patah.
ii. ``Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
iii. Dia mengelak, lantas menikam.
Pancangan relatif
Pancangan komplemen
Pancangan keterangan
-menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh:
i. Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.
ii. Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
iii. Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.

-Menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Kompelen bermaksud pelengkap).

-Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama.

-Kata hubung yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

i. Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.
ii. Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
iii. Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
-Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.
-Kata hubung itu ialah:kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga, supaya, kalau, andaikata,kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara, setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

i. Mereka tidak dibenarkan masuk ke stadium kerana tidak memiliki tiket yang sah.

Kata Seru

Digunakan untuk melahirkan pelbagai perasaan, seperti suka, duka, marah, gembira, mencabar, dicabar dan sebagainya.
Contoh:
Wah, cantiknya kereta baru kamu!
Aduh, sakitnya hatiku!
Syabas, anda baru sahaja menerima RM1 juta!

Penting: Kata seru diguna sebelum klausa, dan kata seruan pada penghujung ayat, sebagai penutup ayat seruan itu.
Kata Tanya

Kata tanya digunakan untuk bertanya atau menyoal sesuatu. Kata tanya hadir di dalam predikat.
Jika predikat didepankan, maka kata tanya hendaklah disertai oleh partikal –kah.
Lihat contoh-contoh berikut:

Harga rumah baru kamu berapa?
Berapakah harga rumah baru kamu?

Kemalangan itu berlaku bagaimana?
Bagaimanakah kemalangan berlaku?