Mahani MA

Masa adalah anugerah drp Allah. Ada yang menggunakan masa dgn baik dan ramai juga yg tidak memanfaatkannya. Renung-renungkanlah

Langgan

Catatan
Atom
Catatan
Semua Ulasan
Atom
Semua Ulasan

Rabu, 1 September 2010

Dicatat oleh mahani amir di 9:22 PG Tiada ulasan:
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catatan (Atom)

My Phot0 ..

My Phot0 ..
Mahani Amir

Mengenai Saya

Foto saya
mahani amir
Perjalanan hidup sebagai seorg hamba memang benar-benar menguji keteguhan iman yang cuma dirasakan senipis kulit bawang. Sebagai insan biasa yang lemah & banyak berdosa kepada Allah S.W.T, seharusnya kita segera menyedari akan kesilapan yang telah dilakukan dan beristghfar (memohon ampun) kepada Allah S.W.T.
Lihat profil lengkap saya

Follow Me ..

Arkib Blog

  • ▼  2010 (10)
    • ▼  September (1)
      • Tiada tajuk
    • ►  Ogos (9)

Sintaksis

Sintaksis

§ Cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
§ Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
§ Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
§ Contohnya: Ahmad sedang membuat kerja rumah
§ Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan bahagian (ii) membuat kerja rumah.
§ Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
§ Lihat contoh-contoh berikut dan kaji unsur-unsur (frasa) yang mendasari ayat.
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Ahmad
mengulangkaji tatabahasa
Frasa Nama
Frasa Kerja
FN + FN
Cikgu
ke sekolah
Frasa Nama
Frasa Sendi Nama
FN + FS
Fatimah
amat rajin
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN + FA
Ah Chong
seorang usahawan
Frasa Nama
Frasa Nama
FN + FN

Frasa
§ Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.
§ Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
§ Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS
§ Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik.
Binaan Ayat
Bahagian subjek dan bahagian predikat merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat dalam Bahasa Melayu. Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur.
Perhatikan contoh di bawah:
Subjek
Subjek
Bah. Ayat
Unsur
Bah. Ayat
Unsur
Ah Tian
guru senaman
Tipah
membeli gula
Suara ketua pengawas itu
serak-serak basah
Munainady
menoreh getah

Jadual di atas menunjukkan rumus binaan ayat yang mudah. Bahasa subjek dibina oleh frasa nama dan predikat dibina sama ada oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Ayat Dasar dan Ayat Terbitan
Perhatikan ayat berikut:
Pelajar itu membaca buku.
Ayat ini terdiri daripada satu klausa kerana mempunyai satu subjek (pelajar itu) dan satu predikat (membaca buku).
Ayat seperti ini dipangil ayat dasar kerana menjadi punca penerbitan ayat-ayat lain.
Jika kita hendak menambah maklumat kepada maklumat kepada maklumat asas itu dengan penerangan kepada maklumat asas itu dengan peneragan kepada subjek atau penerangan kepada predikat, maka ayat berkenaan boleh menjadi seperti berikut:
Pelajar tingkatan enam itu membaca buku. (tingkatan enam menjadi penerang kepada pelajar, iaitu subjek ayat)
Pola Ayat Dasar
Pola ayat dasar mempunyai rumusnya tersendiri.
Rumus-rumus ini boleh terdiri daripada unsur-unsur Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama (FS)
Lihat contoh berikut:
Subjek Ayat
Predikat Ayat
Frasa Subjek
Frasa Predikat
Rumus Pola Ayat
Jamilah
pengurus sumber manusia
Frasa Nama
Frasa Nama
FN+FN
Atan
budak pandai
Frasa Nama
Frasa Adjektif
FN+FA

Proses Pembentukan Kata

PROSES PEMBENTUKAN KATA

1)Penggandaan

2) Pemajmukan

3) Pengimbuhan

4) Pengakroniman

Frasa mempunyai tugas-tugas yang tertentu dalam pembinaan ayat. Oleh sebab itu,frasa hanya wujud dalam ayat. Sekiranya sesuatu kata atau rangkaian kata-kata itutidak wujud dalam ayat, kata atau kat-kata itu tidak boleh disebut sebagai frasakerana tidak mendukung apa-apa tugas.
a)Berdasarkan kenyataan di atas, ambilSA TU petikan atau perenggan yang
panjangnya kira-kira 150 patah kat daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran Jun 2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan dalam petikan.
b)Seterusnya , baca dan fahamkan sepuluh contoh ayat dasar di bawah ini.
i. Abang saya guru di Sekolah Menengah Tengku Bariah.ii. Encik Badri penguasa kastam di Johor Bharu.iii. Kakak sulung saya ke Kuala Kedah semalam.iv. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan.v. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam.vi. Gaya pemuda tersebut seperti bintang filem hari ini.vii. Ketiga-tiga orang adik saya bersolat subuh pada pagi tadi.viii.Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok.ix. Nizal sedang menulis laporan.
x.Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.
Anda dikehendaki memilih lima ayar dasar daripada senarai di atas. Bagi setiap ayatdasar yang anda pilih itu, terbitkan lima ayat baharu yang tergolong dalam ayattunggal (ayat transformasi satu dasar).
Bincangkan bahagian frasa yang menjadi subjek, predikat dan objek (jika ada) serta kedudukannya dalam gatra ayat serta ciri-ciri tambahan yang lain bagi 5 jenis ayat tunggal (ayat transformasi satu dasar) yang anda bina itu.
Pengenalan
3
(function() {
var pageParams = {"origHeight": 1276, "origWidth": 901, "fonts": [6, 0, 5], "pageNum": 3};
pageParams.containerElem = document.getElementById("outer_page_3");
pageParams.innerPageElem = document.getElementById("page3");
var page = docManager.addPage(pageParams);
})();
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksisjuga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasarikaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untukmembentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
AYATKLAUSAFRASAKATA
Definisi ayat :
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa
perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Binaan ayat


PENGGANDAAN



Proses penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Kata dasar boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu.



Tiga Jenis Penggandaan

a) penggandaan penuh

b) penggandaan separa

c) penggandaan berentak

Penggandaan Penuh

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar, sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.Contohnya:pulau-pulau suku-suku tinggi-tinggicantik-cantik buku-buku kura-kuratiba-tiba mata-mata fail-failpemimpin-pemimpin kehendak-kehendak pelatih-pelatih persatuan-persatuan petugas-petugas pelajar-pelajar

Penggandaan Separa

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian daripada kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan.

Penggandaan separa boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contohnya: berlari-lari sepandai-pandai berturut-turutkejar-mengejar tolong-menolong kasih-mengasihilelaki tetamu sesiku.

Penggandaan Berentak

Penggandaan berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Penggandaan ini dibahagikan kepada tiga jenis.

Contohnya:Pengulangan vokal Pengulangan konsonan Bebassayur-mayur gunung-ganang anak-pinakkuih-muih mundar-mandir saudara-marahina-dina bolak-balik titik-bengikKata ganda perlu diletakkan tanda sempang (-).

PEMAJMUKAN

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

Contohnya:jalan raya tengah hari lebuh raya warga kotabandar raya atur cara kereta api sari kataambil alih urus setia susun atur reka bentukmaklum balas kemas kini kertas kerja gambar rajah.

Kata yang telah mantap dieja sebagai satu perkataan. antarabangsaberitahubumiputerajawatankuasakakitangankerjasamaolahragamataharisetiausahasukarelasuruhanjayatandatangantanggungjawabwarganegarapesuruhjaya

KESALAHAN TATABAHASA YANG LAZIM1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di dengan imbuhan di

a) salah - disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara- di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di anjurkanb) betul - di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara- diberi, diambil, dihantar, didapati, dianjurkan2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

a) salah - keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatanb) betul - ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, kekasih3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada

a) dari - rumus A (arah), T (tempat), M (masa) = dari- dari belakang, dari Perak, dari semalamb) daripada - punca bagi manusia, haiwan, benda, dan unsur mujarad- sumber atau asal kejadian sesuatu benda- perbezaan dan perbandingan- daripada guru besar, daripada getah, daripada markah



4 Mengulang kata selepas penanda jamak (banyak)

a) salah - semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahlib) betul - semua guru, segala alat, kebanyakan ahli5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunan

a) salah - beratus orang, beribu penonton, berguni padib) betul - beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan

a) salah - paling tinggi sekali, terlalu mahal sekalib) betul - paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali7 Menggandakan kata selepas saling

a) salah - saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafanb) betul - saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan8 Pembentukan ayat pasif

a) Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)Surat itu telah kami hantar. (betul)b) Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)c) Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)9 Penggunaan –kan menggantikan akan

a) salah - sayangkan, rindukan, bencikan, cintakanb) betul - sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan



10 Menjarakkan imbuhan pinjaman

a) salah - juru taip, ko kurikulum, pasca moden, anti dadahb) betul - jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadahGOLONGAN KATA BAHASA MELAYU1) Kata nama2) Kata kerja3) Kata adjektif4) Kata tugasKATA NAMA

Subgolongan kata nama:a) kata nama amb) kata nama khasc) kata ganti namaKata Nama Am

a) konkrit (konsep kebendaan – kambing, sungai, jambatan, pekerja)b) abstrak (konsep mujarad – mimpi, idaman, perpaduan, kemerdekaan)

Kata Nama Khas

a) hidup (manusia – Azhar, Suria, P. Ramlee)hidup (bukan manusia – Tompok, Sang Rangkak, Vanda Diana)b) tak hidup (Johor Bahru, Kepala Batas, Gunung Tahan, Naza Citra)



Kata Ganti Nama

a) tunjuk (umum – ini, itu)tunjuk (tempat – sini, situ, sana)b) diri (tanya – siapa, apa, mana)orang (pertama – aku, saya, beta, patik, kami, kita)orang (kedua – saudara, kamu, engkau, tuanku, anda)orang (ketiga – ia, dia, beliau, mereka, -nya)KATA KERJA

Subgolongan kata kerja:a) kata kerja tak transitifb) kata kerja transitifKata Kerja Tak Transitifa) tak berpelengkap (bangun, tersenyum, berjalan, melancong, meninggi)b) berpelengkap (beransur, tinggal, menjadi, berbuat, ada, berbantalkan)

Kata Kerja Transitifa) aktif (membeli, melihat, memasukkan, mengabaikan, memperisteri)b) pasif (dibeli, dilihat, dimasukkan, diabaikan, diperisteri)KATA ADJEKTIF

Subgolongan kata adjektif:a) sifatan (baik, sihat, segar, layu, tegap, sibuk, tenang)b) warna (putih, biru, kuning, hijau, merah, ungu, perang)c) ukuran (panjang, pendek, nipis, cetek, kecil, tohor)d) bentuk (bulat, bundar, leper, bujur, lonjong)e) pancaindera(rasa – sedap, manis, masam, kelat, tawar)(pandang – cantik, molek, hodoh, ayu, buruk)(dengar – merdu, mersik, nyaring, bising)(bau – harum, wangi, busuk, hapak)(sentuh – halus, licin, keras, kasar, lembut)f) waktu (cepat, spontan, lewat, lambat, awal)g) cara (laju, deras, perlahan)h) perasaan (rindu, geram, asyik, berahi, benci)i) jarak (jauh, dekat, hampir, nyaris)KATA TUGAS

Subgolongan kata tugas:a) kata hubung (dan, atau, kerana)b) kata seru (wah, amboi, aduh)c) kata tanya (apa, siapa, bagaimana)d) kata perintah (sila, tolong, harap)e) kata pangkal ayat (hatta, maka, syahadan)f) kata bantu (akan, sudah, pernah)g) kata penguat (sangat, paling, nian)h) kata penegas (juga, -lah, -tah, pun)i) kata nafi (bukan, tidak)j) kata pemeri (ialah, adalah)k) kata sendi nama (dari, dengan, di, ke)l) kata pembenar (ya, benar, betul)m) kata bilangan (dua, segala, masing-masing)n) kata arah (atas, bawah, dalam)o) kata adverba (begini, selalu, diam-diam)p) kata pembenda (-nya)q) kata penekan (-nya)Kata Adverba

Perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Bentuk Kata Adverba

a) jati (semalam, kelmarin, sering kali, saling, sekali gus, sentiasa, nanti, serentak)b) asalnya kata adjektif (laju, besar, lesu, panjang, tinggi, hampir, selalu)c) asalnya kata kerja (berkilat, mengiring, meninggi, menyala, berseri)d) bentuk gandaan(gandaan penuh – betul-betul, pura-pura, sedikit-sedikit, cepat-cepat)(gandaan separa – bermalam-malam, semahu-mahunya, sepandai-pandai)(gandaan berentak – sedu-sedan, hingar-bingar, susup-sasap, mundar-mandir)

Ayat contoh:

1) Pelancong itu akan tiba esok dari England.2) Dia hampir terjatuh ketika menyidai pakaian.3) Ketam ialah haiwan yang berjalan mengiring.4) Dia betul-betul gembira dengan kepulangan anaknya.5) Mereka sesat bermalam-malam di puncak gunung itu.6) Pahlawan itu akan dikenang selama-lamanya.7) Hartawan itu berbelanja besar-besaran untuk majlis tersebut.8) Anak itu menangis sedu-sedan apabila ditinggalkan ibunya.

Frasa mempunyai tugas-tugas yang tertentu dalam pembinaan ayat. Oleh sebab itu,frasa hanya wujud dalam ayat. Sekiranya sesuatu kata atau rangkaian kata-kata itutidak wujud dalam ayat, kata atau kat-kata itu tidak boleh disebut sebagai frasakerana tidak mendukung apa-apa tugas.
a)Berdasarkan kenyataan di atas, ambilSA TU petikan atau perenggan yang
panjangnya kira-kira 150 patah kat daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran Jun 2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan dalam petikan.
b)Seterusnya , baca dan fahamkan sepuluh contoh ayat dasar di bawah ini.
i. Abang saya guru di Sekolah Menengah Tengku Bariah.ii. Encik Badri penguasa kastam di Johor Bharu.iii. Kakak sulung saya ke Kuala Kedah semalam.iv. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan.v. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam.vi. Gaya pemuda tersebut seperti bintang filem hari ini.vii. Ketiga-tiga orang adik saya bersolat subuh pada pagi tadi.viii.Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok.ix. Nizal sedang menulis laporan.
x.Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.
Anda dikehendaki memilih lima ayar dasar daripada senarai di atas. Bagi setiap ayatdasar yang anda pilih itu, terbitkan lima ayat baharu yang tergolong dalam ayattunggal (ayat transformasi satu dasar).
Bincangkan bahagian frasa yang menjadi subjek, predikat dan objek (jika ada) serta kedudukannya dalam gatra ayat serta ciri-ciri tambahan yang lain bagi 5 jenis ayat tunggal (ayat transformasi satu dasar) yang anda bina itu.
Pengenalan
3
(function() {
var pageParams = {"origHeight": 1276, "origWidth": 901, "fonts": [6, 0, 5], "pageNum": 3};
pageParams.containerElem = document.getElementById("outer_page_3");
pageParams.innerPageElem = document.getElementById("page3");
var page = docManager.addPage(pageParams);
})();
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmubahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksisjuga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasarikaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untukmembentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.
AYATKLAUSAFRASAKATA
Definisi ayat :
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa
perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi yang sempurna.
Binaan ayat


Penjodoh Bilangan

Penjodoh bilangan digunakan sebelum sesuatu kata atau nama yang menunjukkan jumlah atau bilangan.
Kadangkala kata bilangan disertai penjodoh bilangan seperti batang, buah, ekor, orang, dan sebagainya.
Senarai penjodoh bilangan, penggunaannya, dan contohnya adalah seperti yang berikut:

Penjodoh Bilangan
Penggunaannya
Contohnya
angkatan
untuk sekumpulan manusia atau benda
kapal, tentera, pelukis, penulis
baris
untuk kedudukan benda/manusia yang berbaris
orang, kedai, rumah, pokok, tulisan, ayat, meja, kerusi
batang
untuk menunjukkan benda-benda yang panjang
sungai, lilin, galah, tiang, pen, pokok, gigi, tongkat, kapur, jambatan, jarum
bentuk
untuk benda-benda kecil yang berkeluk
mata kail, subang, cincin
berkas
untuk benda-benda yang diikat bersama-sama
kunci, lidi, kayu
bidang
untuk benda-benda yang terbentang luas
tanah, kain, sawah, permaidani, layar, kebun, tikar
biji
untuk jenis buah, sayur-sayuran, dan benda-benda yang kecil
labu, lobak, kubis, terung, bola, cawan, guli, belon, ketupat, batu, telur, gelas
Bilah
untuk benda-benda yang tajam
parang, pisau, golok, gunting, sabit, keris
buah
untuk benda-benda besar dan padu, yang tidak mempunyai bentuk yang tertentu
kereta, negeri, rumah, buku, kotak, radio, bandar, kampung, piano, komputer, kamera
buku
untuk benda-benda yang keadaannya berketul/berbongkah
sabun, roti, benang
butir
untuk benda-benda yang bulat atau kecil
telur, batu, manik, beras, peluru
carik/cebis
untuk benda-benda yang dikoyakkan
kertas, kain
cubit
untuk benda yang diambil sedikit dengan jari
garam, gula, kunyit
cucuk
untuk benda-benda yang dicucuk dengan lidi
sate
das
untuk bunyi letupan atau tembakan
meriam, pistol, senapang
deret
untuk benda-benda yang tersusun
bangunan, rumah, kedai, kereta
ekor
untuk semua jenis binatang
nyamuk, semut, kuda, buaya, musang, gajah, arnab, rama-rama
genggam
untuk benda-benda yang digenggam
pasir, beras, padi
gugus
untuk buah-buah ataupun benda
anggur, langsat, kelapa sawit, sawit, kunci
gulung
untuk benda-benda yang bergulung
filem, permaidani, tikar, dawai, kertas
helai
untuk benda-benda yang nipis dan lebar
daun, baju, kertas, kain, tuala, rambut, rumput
ikat
untuk benda-benda yang diikat
kayu, lidi, tebu, sayur, papan
iris
untuk benda-benda yang dipotong kecil-kecil
bawang, timun, daging, buahbuahan
jambak
untuk benda-benda yang bertangkai atau berangkai-rangkai
bunga, kunci
kaki
untuk benda-benda yang bertangkai
payung, cendawan
kawan
untuk kumpulan haiwan
lembu, kambing, lebah, gajah, merpati
kelompok
untuk sekumpulan manusia, haiwan, dan benda
burung, awan, pulau, bintang
kepal
untuk benda-benda yang dikepal dengan tangan
nasi, pulut, tanah
keping
untuk benda-benda yang nipis atau pipih
roti, papan, kad, gambar, biskut, tanah
kerat
untuk bahagian benda-benda yang dipotong
roti, tiang
Ketul
untuk benda-benda yang berketul dan padu
ais, daging, tulang, sabun, roti
Kotak
untuk benda-benda yang diisikan di dalam kotak
mancis, pensel, rokok, sabun, ubat nyamuk
kuntum
untuk bungs
mawar, melati, anggerik
Laras
untuk senjata api
pistol, senapang, meriam
lembar
benda-benda yang lurus dan panjang
kertas, dawai, benang
longgok
untuk benda-benda yang berada dalam longgokan
durian, pakaian, tanah, cili
naskhah
untuk bahan bacaan yang berjilid
surat khabar, risalah, majalah, makalah, buku
Orang
untuk manusia
guru, jururawat, doktor, pekedai, runcit, posmen
Papan
untuk benda-benda yang berbentuk kepingan
coklat, petai, mercun
pasang
untuk benda dan manusia yang berpasangan
pakaian, kasut, subang, suami isteri, anak
pangsa
untuk bahagian dalam buah
durian
pasukan
untuk sekumpulan orang yang berpakaian seragam
pemain kompang, polis, tentera pengakap
patah
untuk kata
perkataan, kata-kata
potong
untuk benda-benda yang sudah dipotong
kuih, daging, roti
pucuk
untuk benda-benda yang halus serta tipis dan senjata api
jarum, surat, pistol, meriam, senapang, rebung
puntung
untuk sebahagian benda yang masih menyala
rokok, bara, kayu api
rangkap
untuk puisi
pantun, sajak, syair
rawan
untuk benda-benda yang halus, labuh, dan bersirat
jala, jaring, pukat
ruas
untuk benda yang beruas-ruas
tebu, buluh
rumpun
untuk tumbuhan yang tumbuh rapat-rapat
buluh, tebu, serai, pandan, padi
sikat/sisir
untuk buah pisang
pisang
tandan
untuk buah-buahan yang bertandan
pisang, kelapa, pinang, kelapa sawit
tangkai
untuk buah-buahan, bunga-bungaan, dan daun yang bertangkai
rambutan, duku, kenanga, padi, daun
titik
untuk cecair yang menitis
air, darah, dakwat, embun
tongkol
untuk buah yang bertongkol
jagung
ulas
untuk isi buah-buahan yang berpangsa
durian, limau, nangka, cempedak
urat
untuk benda-benda yang halus dan panjang
rambut, benang, dawai,
utas
untuk benda-benda yang panjang
tali, dawai, rantai

Malaysia Oh Malaysia ..

Malaysia Oh Malaysia ..
Nikmat Keamanan & Keselamatan

90 Kesalahan Tatabahasa

Betul Salah

1. Ada berbagai-bagai barang di kedai itu
Ada berbagai barang di kedai itu
2. Ada pelbagai barang di kedai itu
Ada pelbagai barang-barang
3. Ali dihadiahi sebuah buku harian
Ali dihadiahkan sebuah buku harian
4. Antara mereka yang hadir
Di antara mereka yang hadir
5. Bangunan itu ialah Daya Bumi
Bangunan itu adalah Daya Bumi
6. Banyak orang yang datang /ramai orang yang
datang
Kebanyakan orang datang
7. Berbeza daripada
Berbeza dengan
8. Berbincang tentang masalah itu
Membincangkan tentang masalah itu
9. Berdasarkan perkara itu
Berdasarkan kepada perkara itu
10. Bergantung pada
Bergantung kepada
11. Berhubung dengan itu
Berhubung itu
12. Berjuang untuk negara
Berjuang demi untuk negara
13. Berkait dengan itu
Berkait itu
14. Berkaitan dengan itu
Berkaitan itu
15. Berkunjung ke Eropah
Berkunjung Eropah
16. Bersama-sama
Bersama
17. Beza
Beda
18. Bola itu ditendang oleh Ali
Bola itu Ali tendang
19. Bola itu saya tendang
Bola itu ditendang oleh saya
Bola itu saya menendang
20. Buku itu dihadiahkan kepada Ali
Buku itu dihadiahi kepada Ali
21. Buku itu dihantar ke perpustakaan
Buku itu dia hantar ke perpustakaan
22. Buku itu dimaksukkan di dalam laci
Buku itu dimasukkan dalam laci
23. Buku itu disimpan di dalam laci
Buku itu disimpan dalam laci
24. Dalam hal ini
Di dalam hal itu
25. Dalam peperiksaan
Di dalam peperiksaan
26. Dari Kedah hingga ke Sabah
Dari kedah hingga Sabah
27. Dari masa ke masa
Dari masa ke semasa
28. Dari segi
Daripada segi
29. Dari semasa ke semasa
Dari semasa ke masa
30. Dato’ Seri
Dato’Sri
31. Datuk Seri
Datuk Sri
32. Dengan perkataan lain
Dalam lain perkataan
33. Di dalam bilik itu
Dalam bilik itu
34. Dia belajar daripada pengalaman
Dia belajar dari pengalaman
35. Dia datang apabila dipanggil
Dia datang bila dipanggil
36. Dia memandang saya
Dia memandang pada saya
Dia memandang kepada saya
37. Dia memberi anaknya pelajaran
Dia memberikan anaknya pelajaran
38. Dia memberi saya sebuah buku
Dia memberikan saya sebuah buku
39. Dia memberikan buku kepada saya
Dia memberi buku kepada saya
40. Dia memberikan pelajaran kepada anaknya
Dia memberi pelajaran kepada anaknya
41. Dia mempelajari perkara itu daripada
pengalamannya
Dia mempelajari daripada pengalamannya
42. Dia memperisteri Aminah
Dia memperisterikan Aminah
43. Dia memperisterikan anaknya dengan
anak guru besar
Dia memperisteri anaknya dengan anak guru besar
44. Dia menaikkan bendera
Dia menaiki bendera
45. Dia menceburkan diri dalam bidang
perniagaan
Dia menceburi diri dalam bidang perniagaan
46. Dia mengambil apa-apa sahaja
Dia mengambil apa sahaja
47. Dia menolehkan pandangannya pada
saya
Dia menoleh pandangannya kepada saya
48. Dia merindui anaknya/dia rindu akan anaknya
Dia rindukan anaknya
49. Dibincangkan dalam mesyuarat
Dibincangkan di mesyuarat
50. Dihadiahkan kepada sekolah itu
Dihadiahkan ke sekolah itu
51. Diikuti oleh
Diikuti dengan
52. Hanya dia sahaja
Dia sahaja
53. Jangan pijak rumput
Jangan memijak rumput
54. Jatuh ke dalam sungai
Jatuh di dalam sungai
55. Jauhilah dadah
Jauhilah daripada dadah
56. Justeru
Justeru itu
57. Keberkesanan
Kekesanan
58. Kedua-dua belah pihak
Kedua belah pihak
59. Keterampilan
Ketrampilan
60. Kereta itu melalui jalan besar
Kereta itu melalui di jalan besar
61. Lawatannya selama dua hari ke Eropah
Lawatan selama dua harinya ke Eropah
62. Letaklah di mana-mana yang sesuai
Letaklah di mana yang sesuai
63. Letaknya di antara Kuala Lumpur
dengan Kajang
Letaknya antara Kuala Lumpur dengan Kajang
64. Maksudnya yang sesuai
Maksud sesuainya
65. Melawat Eropah
Melawat ke Eropah
66. Melihat keindahan
Melihat kepada keindahan
67. Melihat orang itu
Pada orang itu
68. Membincangkan perkara itu
Membincangkan tentang perkara itu
69. Menduduki tempat kedua
Menduduki di tempat kedua
70. Mengenai perkara itu
Mengenai dengan perkara itu
71. Mengandungi
Mengandung
72. Mengunjungi Eropah
Mengujungi ke Eropah
73. Mensia-siakan tanggungjawab
Mensiakan tanggungjawab
74. Mereka memberitahu saya perkara itu
Mereka memberitahukan saya perkara itu
75. Mereka memberitahukan perkara itu
kepada saya
Mereka memberitahu perkara itu kepada saya
76. Mereka
Mereka-mereka
77. Merujuk kepada surat tuan/merujuki surat tuan
Merujuk surat tuan
78. Oleh sebab itu
Oleh kerana itu
79. Pada masa
Di masa
80. Pada pendapat saya
Pada pendapatan saya
81. Pada suatu hari (tak tentu harinya)
Pada satu hari
82. Para pegawai
Para pegawai-pegawai;
Para-para pegawai
83. Pegawai daripada Jabatan Pendidikan
Negeri
Pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri
84. Pembelajaran
Pemelajaran
85. Perbuatan itu merupakan
Perbuatan itu adalah merupakan satu petanda baik
86. Pergilah ke mana-mana pun
Pergilah ke mana pun
87. Perkara itu adalah benar
Perkara itu ialah benar
88. Pilihlah mana-mana yang sesuai
Pilihlah mana yang sesuai
89. Saya datang dari Johor
Saya datang daripada Johor
90. Sebahagian daripada wangnya
didermakan
Sebahagian wangnya didermakan
Sebahagian dari wangnya didermakan
91. Sehubungan dengan itu
Sehubungan itu
92. Selain itu
Selain dari/daripada itu

Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA TRANSITIF AKTIF

KESALAHAM UMUM FRASA KERJA TRANSITIF AKTIF
a. Kata lain tidak boleh hadir selepas kata kerja transitif aktif kecuali kata/frasa nama.

Dia menasihati akan rakan – rakannya
Dia menasihati rakan – rakannya

b. Kata hubung klain atau kata hubung sandang yang tidak boleh hadir kecuali kata hubung
komplemen bahawa selepas kata kerja pembentuk ayat majmuk pancangan komplemen.

Mereka mengatakan Iyang Iatan kemalangan semalam
Mereka mengatakan bahawa Atan kemalangan semalam

c. Frasa kerja transitif aktif tidak menerima kata nafi bukan sebagai penerang kepada frasa kerja
tersebut.

Dia bukan menonton filem tadi
Dia tidak menonton filem tadi

d. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja transitif aktif
jika terdapat maklumat yang bertentangan.

Dia bukan membaca buku ataupun menulis nota
Dia bukan membaca buku tetapi menulis nota


KESALAHAM UMUM FRASA KERJA TAK TRANSITIF AKTIF

a. Kata kerja tak transitif aktif berapitan beR-…-kan tidak boleh disisipkan kata lain selepas kata
nama/frasa nama selepasnya.

Penahanannya berdasarkan pada bukti yang kukuh
Penahanannya berdasarkan bukti yang kukuh

b. Kata kerja tak transitif aktif selain kata kerja berapitan beR-…-kan atau kata kerja menjadi
mesti disisipkan dengan kata sendi apabila hendak meluaskan frasa tersebut ataupun menerima
kata adjektif selepasnya.

Ahmad bermain – main adiknya
Ahmad bermain – main dengan adiknya

c. Walau bagaimanapun kata nafi bukan boleh hadir sebagai penerang frasa kerja tak transitif jika
terdapat maklumat yang bertentangan.

Mereka bukan bersedih ataupun bergembira
Mereka bukan bersedih tetapi bergembira

KESALAHAM UMUM KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIF TERBITAN

KESALAHAM UMUM KESALAHAN FRASA ADJEKTIF YANG TERBINA DARIPADA KATA ADJEKTIF TERBITAN

a. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat tidak boleh hadir
secara langsung sebagai predikat kepada subjek ayat ( Frasa nama ). Kata adjektif tersebut
perlulah diawali oleh partikel –lah atau kata sandang yang pada frasa namanya.

Dia terpandai di dalam kelasnya
Dialah yang terpandai di dalam kelasnya
Dialah terpandai di dalam kelasnya
Dia yang terpandai di dalam kelasnya
Dia paling pandai di dalam kelasnya
Dia amat pandai di dalam kelasnya
Dia sungguh pandai di dalam kelasnya

b. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi dengan
kata penguat.

Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir sekali di dalam kelasnya
Dialah pelajar yang mendapat tempat terakhir di dalam kelasnya

c. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului oleh kata penguat
paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang membawa maksud darjah biasa.

Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu
Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu

d. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak perlu diikut oleh
kata sendi nama dengan selepasnya.

Kehebatannya setanding dengan pemain import itu
Kehebatannya setanding pemain import itu
Kehebatannya sama tanding dengan pemain import itu

e. Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat seperti tidak perlu lagi
diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

Perangainya seperti keanak – anakan sahaja
Perangainya seperti anak – anak sahaja

f. Kata adjektif yang berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan – akan / agak tidak perlu
lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

Warna kainnya agak kekuning – kuningan
Warna kainnya kekuning – kuningan
Warna kainnya agak kuning – kuningan

g. Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling untuk sesuatu kata adjektif, tidak
perlu lagi disertai kata penguat sebelumnya.

Majlis kenduri itu sangat hiruk - pikuk dengan suara saudara – mara
Majlis kenduri itu hiruk – pikuk dengan suara saudara – mara
Tema Mistik Bhd.. Imej tema oleh borchee. Dikuasakan oleh Blogger.