Khamis, 12 Ogos 2010

Morfologi dan Sintaksis

Jenis ayat
Ayat penyata
Ayat transitif
Ayat intransitif
Ayat aktif
Ayat pasif
Ayat nafi
Ayat songsang
Ayat inti
Ayat gabungan
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
SINTAKSIS
Golongan kata
Kata nama
Kata ganti nama
Kata kerja
Kata sifat
Kata tugas
Kata hubung
Kata keterangan
Kata sendi
Pembentukan kata
Imbuhan kata nama
Imbuhan kata kerja
Istilah pinjaman
Lain-lain

Kata bilangan
Kata istilah
Penjodoh bilangan
Bentuk jamak
Hukum D-M





Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Para pelajar juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Ini kerana kedua-dua adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep.
Morfem
Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi makna jika dipecahkan kepada mi dan num. Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu "di" dan "minum". Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
Morfem boleh dibahagi kepada dua, iaitu morfem bebas dan morfem terikat.
Morfem Bebas
Morfem terikat/imbuhan
Dapat berdiri sendiri, misalnya: minum, cuti, sekolah, periksa
Bentuk imbuhan, misalnya: mem, per, kan, ber
Mempunyai maksud sendiri.
Tidak mempunyai makna tetapi mempunyai fungsi tatabahasa atau nahu. Boleh mengubah makna sesuatu kata dan seterusnya makna ayat.
Morfem terikat/imbuhan
Morfem terikat/imbuhan boleh dibahagi seperti berikut:
Awalan. Ditambah pada bahagian depan kata dasar. Misalnya membaca, menghafal.
Akhiran. Ditambah pada bahagian belakang kata dasar.
Sisipan. Diselit di antara unsur unsur kata dasar. Misalnya telapak (tapak)
Apitan. Ditambahkan serentak pada awalan dan akhiran kata dasar. Misalnya, imbuhan per....an dalam permainan.
Proses terbentuknya ayat bermula daripada morfem
MORFEM --> PERKATAAN --> FRASA --> KLAUSA --> AYAT
Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit yang membentuk ayat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.
Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu
(i) Ahmad sedang
(ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).
Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Seperti yang diterangkan di atas, ada empat jenis frasa iaitu FN, FK, FA dan FS. Menurut binaannya, frasa dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu frasa endosentrik dan frasa eksosentrik. Frasa endosentrik ialah frasa yang mengandungi satu unsur inti. Unsur inti ini mewakili seluruh frasa berkenaan. Frasa dinamakan mengikut unsur inti ini. FN, FK dan FS ialah frasa endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa itu.
Contohnya: sepasang mata biru (FN.) Inti frasa ini ialah mata ( jenis kata nama)
Manakala frasa eksosentrik ialah frasa sendi nama yang tidak mempunyai unsur inti contohnya ke tandas dan di sekolah . Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah dan ke kepada tandas. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran.
Bahasa Melayuبهاس ملايو
Dituturkan di:
Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, selatan Filipina, selatan Thailand, Timor Leste, Sri Lanka, Afrika Selatan, dan Australia (Pulau Christmas dan Kepulauan Cocos).Dialek standar di Indonesia dikenal sebagai Bahasa Indonesia. Kadangkala di Australia dan Belanda
Rantau:
Asia Tenggara
Bil. penutur:
7–18 jutajumlah 200–300 juta
Keluarga bahasa:
Austronesia Melayu-Polinesia (MP) MP Nuklear Sunda-Sulawesi Malayik Malaya Melayu Tempatan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan